CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 20, 2010

mrsm ag 07/08

dari kiri,iba,acap,dzikri,where,diyah,rahah,puteri,finaz,aku~
tiba2 teringat kenangan time kat mrsm alor gajah dulu..
aku menamatkan zaman persekolahan aku di sekolah berasrama penuh,so,sudah tentu,banyak kenangan yang tak dapat aku lupakan..especially dengan kawan-kawan rapat.ini gambar time tingkatan 4.muka aku tak matured kan?aku rasa gambar ni sangat busuk ok..=)time gambar ni diambil,kami baru sahaja selesai waktu prep,hari sabtu.waktu prep hari sabtu,adalah waktu yang paling membosankan,dan waktu untuk sambung tidur..hehe~

balik pada cerita kenangan tadi.dua tiga hari ni,aku teringat pada beberapa nama termasuklah dengan kenangan yang aku tak dapat lupakan bersama mereka.antaranya,kenangan dengan bibah.aku ingat lagi,time handphone bibah kena rampas.untuk pengetahuan semua,kami dilarang untuk membawa handphone ke sekolah,tapi memandangkan kami degil,kami bawak jugak.aku dan roomate aku,kak da dan mar,antara orang yang terawal bawak handphone.boleh kata budak nakal jugakla kami ni.sepanjang kami bawak handphone,tak pernah kena rampas.bibah adalah seorang pelajar yang baik.dia tak pernah bawak barang2 terlarang ke sekolah.sampailah satu masa,bah bawak juga handphone.entah macam mana,handphone bah kena rampas malam tu,sebab bah main mesej sampai tak sedar warden datang.bah nangis.bah sampai tak tidur,teringat handphone dia yang dirampas tu.warden kata,handphone tu akan dipulangkan semula,bila paper terakhir spm.makin kuat la bah nangis.tapi warden termakan dengan pujuk rayu bah,dan bah dapat semula handphone dia.cehh...tak aci..hehe~

then,mar..mar adalah roomate aku.roomate dan kawan yang selalu ada dengan aku time nak ponteng waktu riadah dan waktu solat subuh dekat surau setiap kali hujung minggu.aku ingat lagi,time hujung minggu,aku dan mar akan bangun lagi awal dari orang lain,untuk solat dalam bilik.then,kitorang akan tutup kipas dan tidur di celah2 katil,untuk menampakkan bilik kami sudah tiada orang.kami akan bangun apabila semua pelajar dah balik solat di surau..keh3.begitulah untuk hari seterusnya..kemudian,aku ingat lagi,kitorang memang malas nak turun riadah,sebab penat sangat.oleh itu,kitorang decide,nak duduk sahaja dalam bilik,dan sementara LDP datang check,kitorang menyorok dalam loker.biarlah kitorang berpeluh-peluh dalam loker tu,asalkan tak keluar riadah.keluar peluh itu satu riadah jugak kan??=)

diyah.diyah adalah kawan terapat aku sepanjang aku duduk di mrsm.even,sampai sekarang,kitorang still contact.diyah di mesir,aku di malaysia.tiada apa yang memisahkan kami.aku ingat lagi,time di mrsm dulu.diyah selalu tidur di bilik aku.boleh kata,diyah dah macam roomate aku sendiri,dan kitorang selalu tidur sekatil,makan semangkuk,saya garu dia,dia garu saya.ehe~aku ingat lagi,time diyah tidur dengan aku,diyah tarik selimut aku.aku pun tak sedar,sampai lah keesokan paginya,diyah kata,"sorry ain,kita tarik selimut awak semalam.lain kali promise tak tarik selimut awak dah",then aku jawab,"tak apa,ain tak kesah pun,k?"begitulah untuk hari-hari seterusnya.aku tak kisah,sebab aku sayang dia.aku rindu nak tengok diyah bangun pagi,then garu2 kepala,sambil cari getah rambut dia.=)miss that moment la dear!

then rahah.aku tidak berapa rapat dengan rahah sebagaimana aku rapat dengan diyah dan bibah.aku kenal rahah,masa aku mula-mula masuk kelas 4 m.aku tidak mengenali sesiapa pun masa tu,memandangkan aku adalah pelajar baru.aku selalu curi2 pandang rahah.aku suka tengok muka dia,sebab raha cantik dan sangat berpendirian.aku adore dia.tapi aku tak berani nak tegur rahah,sebab aku rasa,rahah garang,dan ada perasaan takut tu pada dia.aku melangkah sahaja ke tingkatan 5,aku ditempatkan di dalam kelas yang sama dengannya.bukan sahaja sama kelas,tapi juga sama kumpulan untuk excel ag group.(study group).dan rahah adalah koordinator.pada mulanya,aku tak dapat bayangkan,apa akan terjadi pada aku,apabila ditempatkan bersama dengan dia.tapi setelah mengenali hati nya,aku tahu,dia adalah antara orang yang boleh kau percaya,orang yang boleh aku jadikan teman untuk berbicara.rahah selalu ajar aku kalau aku tak faham.aku ingat lagi,aku ni,jenis akan tertidur dalam kelas,kalau kelas itu amat membosankan,especially time fizik dan kimia.rahah akan cubit tangan aku,sampai merah.terus aku terjaga,dan tak tidur dah lepas tu.tapi rahah pula,akan tidur time waktu sejarah.ye,aku faham,sejarah adalah satu subjek yang membosankan bagi pelajar yang meminati sains,seperti dia..rahah akan tertunduk-tunduk tidur.ha,time ni lah aku nak membalas cubitan dia.hehe~aku sayang dia.aku ingat lagi,hari2 terakhir aku di mrsm,rahah ada tulis sepucuk surat pada aku,dan menyelitkan surat itu dalam buku.aku hanya perasan surat itu,bila aku di rumah.isi kandungan surat itu benar2 membuatkan aku terharu dan aku simpan surat itu sampai sekarng.aku sayang dia,dan takkan pernah lupakan dia.muah3!

rindu semua!!!

2 comments:

Labibah Mahdzir said...

"..bibah adalah seorang pelajar yang baik.."

totally agreed.

ngahahaha.

mane de nanges x tido malam ok. macho je. ape la ain.


buat pengetahuan semua. ain sangat nakal ok. muke die mmg innocent. tp nakal nya. subhanallah. haha.

rindu nak minom air milo pagi2 ahad ngan korang sume!!!

sob sob. moga ain heppi selalu kat sana!

ain syuhada jamaluddin said...

bahh!!kita pun rindu nak minum milo sme2..
makan biskot sme2!huaaa~~
balikla cepat..windu ni..

eip2..tolong sikit ea..
ain syuhada budak baik!!hehe~