CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 31, 2010

checklist~

baju??DONE!

makanan??DONE!

buku??DONE!

toiletries??DONE!

iron??NO NEED..(pinjam syaz punya =p)

iron board?NO NEED..(pinjam lily punya =p)

bantal??TEETT..BELUM..

baldi??TEETT..(nanti hari nak pergi baru angkut)

apa lagi ek?tak ingat la apa benda lagi..nanti la fkir..tidak bersemangat mahu pulang..aha~~

Sunday, May 30, 2010

gemuk?tidaakk~~~

tadi,time tengah makan,
punya lah bertimbun-timbun idea nak tulis blog,
beria nak tulis,tapi bila masuk je kat 'new post',
BLANK!
aiyo0o0..makin nak bukak sem baru ni,makin tak betul jadinya,(alasan tak nak balik kuantan lerr tu..)
so,tengah melayan perasaan tadi,dapat lah satu idea nak tulis tentang apa,
aku terus on blog..
then lupa lagi??tak ada la..ingat laa...=)
hey,saya waras lagi okay?

semalam,time aku tengah kemas2 stor,aku terjumpa satu buku ni..berhabuk!aku pun bukak la,nampak macam aku punya,tapi tak ingat.guess what?aku terjumpa diari aku time darjah 4 dulu..ahahaha~~macam2 la aku tulis,dengan tulisan yang besar gedabaknya,tulisan bulat2,comel je aku tengok..aha~ada satu part yang buat kan aku tergelak ssendiri,part bila aku tulis,

"semua orang tak suka kak long(aku lerr tuu),sebab kak long gemuk..nak jadi kurus,macam orang lain,barulah orang tak ejek2 kak long.nak kurus macam model ke..(cehh,dah pandai perasan time tu!).kawan2 kak long semua cantik2,kak long je buruk.."

aha~terpecah rahsia di situ..but memang betul,time sekolah rendah dulu,aku memang agak berisi..maybe tak ada la dikategorikan sebagai 'gemuk',berisi aje.aku tak ada self confidence langsung dengan diri aku dulu.boleh dikatakan agak 'kolot' la,,..pakai baju apa pun,rasa serba tak kena.tak yakin dengan diri sendiri..but ada satu insiden yang berlaku..(cehh insiden..macam accident pulak..=p),di mana,aku di ejek oleh budak2 lelaki sekolah rendah aku dulu..diorang selalu panggil aku gemuk la,montel la,debab la..membuatkan aku jadi trauma!balik rumah je,mesti menangis,sebab kena ejek.bayangkan lah,perasaan budak yang baru berumur 10-11 tahun,dah kena macam tu,memang tak boleh terima.yela,budak2 lagi kan?(tak caye tanya farah,sebab farah berkawan dengan aku since sekolah rendah lagi,sampai lah sekarang,..)

then masuk aje form 1,aku nekad,nak kurus..nak diet la,nak tu la,nak ni la..macam2 la aku buat nak kurus..sampai sakit2 pun ada..sehingga lah sekarang yang korang tengok aku..=p so,jangan marah aku kalau aku fobia tengok makanan,and aku jarang habiskan makanan aku..sebab kisah silam membuatkan aku jadi macam ni..hehe~

Saturday, May 29, 2010

maaf...

wahai mata..
maaf jika terlalu banyak air mata yang mengalir melalui mu..
maaf jika terlalu banyak penyeksaan yang aku berikan padamu..
maaf kerana membiarkan dirimu bengkak berhari-hari untuk suatu ketika..

wahai telinga,
maaf jika terlalu banyak perkara-perkara yang tak sepatutnya aku dengar,
maaf jika terlalu banyak umpatan yang tidak benar yang aku terima..
maaf jika setiap perkara yang didengari tidak benar,dan aku mula percaya tentangnya..

wahai mulut,
maaf kan aku seandainya terumpat siapa2 yang tidak bersalah,
maaf andainya aku berdusta,
maaf juga andainya aku termarah siapa2 tanpa usul periksa,..

wahai hati..
maaf jika aku mencalarkan dirimu di mana2..
maaf jika aku terburuk sangka tentang manusia,
maaf jika hati tidak boleh menerima tentang apa2...

saya nak jadi jiwang harini...
post saya agak jiwang..
maaf ye..
tapi saya tak kisah..
=p

Thursday, May 27, 2010

trust??

baru-baru ni,aku ada terbaca satu post kawan aku,tentang 'KEPERCAYAAN'.aku tertarik dengan post dia yang tu.actually,semua post dia menarik..she used to be my very close friend,but suddenly,something happened yang membuatkan kami terpaksa membawa haluan masing-masing.okay,balik pada main tajuk,kepercayaan..

kepercayaan,satu benda subjektif yang kita sebagai manusia memang tak akan pernah nampak dengan mata kasar,walaupun,individu tu,tunjuk macam mana sekalipun..but then,kepercayaan juga bukan sekadar perkataan biasa,malahan ianya mempunyai makna yang cukup mendalam buat diri masing2.cuba korang bayangkan,hidup tanpa kepercayaan?huru hara jadinya.dalam kepala,mesti kita akan rasa resah je,macam ada benda yang tak selesai,.contohnya,kalau kita ada kawan,yang kita tak berapa nak percaya,kita asyik nak siasat je,apa yang dia buat,dengan siapa,apa yang dia ceritakan,dah macam CSI dah aku tengok..nak investigate sana sini..hehe~but,it is true,without trust,memang susah lah hidup seseorang tu.seandainya,kepercayaan itu diberi pada diri anda,maka jaga la kepercayaan yang kita dapat tu.sebab sekali hilang kepercayaan,selamanya kita akan dibelenggu rasa bersalah.hopefully,anda adalah salah seorang kawan yang memegang kepercayaan dengan sebaiknya..aminn..

Giving away a heart can hurt ... having a broken heart can be life threatening, even to the strongest people. But, receiving one is the greatest gift."

Wednesday, May 26, 2010

KAC's


kak muzie,cik iza,kak syida,kak didie and me!
with all the kakak2...
staff KAC..and my cousin wearing white black baju kurung..
happy birthday cik iza!!

semalam,aku ke office anyah (my cousin) tempat aku bekerja dulu..tujuan aku pergi semalam,nak celebrate birthday one of the lawyer yang bekerja kat situ..cik iza nama dia..wee~~happy birthday cik iza..dia baik and kelakar snagat2..and gambar kat atas,adalah gambar semua staff yang bekerja di Kartika&Co (KAC).best sangat dapat kenal dengan semua satff.diorang semua baik2 and tolong aku if aku tak tahu nak buat apa2.kitorang dah macam adik beradik.share problem sama2,share cerita,gelak sama2,makan lunch sama2,main facebook sama2!hehe~walaupun mostly,diorang semua dah kahwin,and dah ada anak pun,but still perangai diorang macam budak2!hehe~seronok dapat kenal dengan kakak2 semua.tiada kes buli ye sepanjang saya bekerja..wee~~



sepanjang aku bekerja kat KAC,aku rapat dengan sorang kakak ni,nama dia,kak muzie..from first day aku start kerja,dia yang banyak ajar aku,dia datang duduk kat meja aku,and ajar aku macam mana nak buat tu,nak buat ni.and sampailah hari2 seterusnya.walaupun diorang letak berpuluh file yang tebal2 kat meja saya,tapi saya seronok!seronok sebab dapat buat and sambil2 tu,belajar..wee~~itu buli ke?tak ada la..diorang saja je kacau..then sepanjang kitorang kenal,kak muzie ada lah cerita serba sedikit problem dia..macam yang aku kata,kitorang dah macam adik and kakak!hehe~then guess what?semalam,last day aku ke KAC,kak muzie hadiahkan aku jam tangan ELLE..huaaa~~aku rasa nak nangis!bukan nak nangis sebab tak suka jam tu,nak nangis sebab terharu and sedih sebab berpisah dengan semua kakak2 kat situ..thak you kak muzie..ain happy and seronok dapat kenal dengan akak..

Monday, May 24, 2010

saya bimbo~~haha~



alahai..comelnya budak ni!!cubit baru tahu??mak ain suka cubit2 budak kecik.nak?nak?eii~~siapla awak nanti..tula..sape suruh comel sangat ha?kan jadi bahan cubit mak ain dah ni..ha..hehe~semalam aku pergi rumah kak ina(cousin) kat OU,semata-mata nak jumpa rania!!wee~~rindu sangat2 la kat dia,sebab dah seminggu lebih tak jumpa..huaa~~bestnyee dapat main dengan dia!alalalala~~geram!!=)

then aku baru je sign up untuk formspring.aha~sejak dua menjak ni,ramai sangat yang buat formspring.aku tak ada la berminat sangat,but tiba2 amru tanya,"kau ada formspring?"
"uh,tak ada la..takut nak buat formspring sebab nanti ada oranag yang aku tak kenal tanya macam2.."
"kau tukar la kat settings..blablabla.."

then,aku pun tryla..isi form tu,then garu2 kepala,macam mana nak wat ni?eh2..nak tanya soalan macam mana?aha~~bimbo di situ..malu lerrr..shh~~~jangan bagitau sape2 amru..haha~then secara rasminya,saya sudah ada formspring!!yeehaaa~~~

Saturday, May 22, 2010

a day with them...


yaayyy~~akhirnya,harini,aku keluar juga!!!setelah beberapa minggu 'terperam' di rumah,weeho0o0...seronok2!!!=p
at first plan,nak keluar berempat,aku,marlysa,ammar and ras..but suddenly,kitorang dapat tahu yang adik ras masuk hospital,so ras tak jadi nak join kitorang sebab kena jaga adik dia di hospital.so,after ammar drive ambil marlysa kat rumah dia,then ambil aku pulak.ehe~sorry la sebab menyusahkan orang penang jadi driver kami..aha~sekali sekala kan,boleh la ek awak?hehe~aku siap bagi direction yang aku rasa,tak la susah,but sesat jugak diorang~aha~actually tak ada la sesat,cuma salah jalan aje..=p
but still boleh lalu ikut situ..alhamdulillah,sampai juga akhirnya...wee~~
then kitorang terus straight ke sjmc,nak pergi melawat adik ras..sampai aje kat hospital,borak punya borak,then kitorang ke sunway pyramid!yeehaa~~
pengumuman ye kawan2,kami tengok SHREK!!!korang dah tengok ke?belum kann..hehe~weeho0o0..best2..kitorang tengok 3D punya version..memang best..and rugi la kalau tak pergi tengok..walaupun tiket agak mahal,but berbaloi-baloi..=p
then time makan,kitorang duscuss tentang trip nak pergi singapore tu..aku okay aje..but yang lain2,kena la tunggu dulu.takpe2,nanti apa2 hal,kita discuss balik..
after tengok wayang,terus balik since dah lewat petang..ammar hantar marlysa balik,then kemudian baru hantar aku..tiba2 ammar ajak pergi minum2 kat kopitiam.then okay la,aku teman.sampai la maghrib,baru sampai rumah.thank you sebab jadi driver harini..thak you sebab nak pergi ambil saya kat rumah,n thak you jugak sebab belanja makan and minum petang..=)ly
thank you jugak kat marlysa sebab sudi teman kitorang tengok shrek for the second time..=p
happy dapat keluar dengan both of you..wee~~

maaf,kami berdua tak sempat ambil gambar memandangkan kami sibuk berbual..aha~nanti2 la aku kenalkan kat kau ea farah..haha~

Friday, May 21, 2010

comel kan??ye..saya tahu..=)


aha~inilah hasilnya!!selepas beberapa hari mencari barang nak buat cupcakes,akhirnya,menjadi juga!!yaayyy`~happy2!!aku terdorong dengan kecomelan cupcakes yang ezza buat,sebab itulah aku nak cuba2 buat..tak sangka menjadi!hehe~walaupun tak lah secomel macam kat kedai kek,dan tidak juga secomel cupcakes yang ezza buat,tapi untuk kali pertama try buat,aku boleh puji diri sendiri..aha~tak ada orang nak puji,so aku puji diri sendiri pun ok jugak tuu..=p

yeehaa~~happy~~
terima kasih ye cik ezza kerana cupcakes anda menjadi sumber inspirasi saya..=p.
kalau tak,tak adanya aku nak rajin2 nak buat,lagi2 time tak ada orang kat rumah kan..
kalau ada adik kat rumah,tak apa la jugak,dia boleh tolong habiskan.ngee~~
ibu ada tanya,"kak long tunggu adik balik la.boleh buat sama2,kemas sama2.ibu dah cakap,ibu tak minat bakery.ibu tolong tengok boleh la.."
aha~~nak tunggu adik balik,lambat lagi la ibu.tapi bagus jugak kalau buat dengan adik,aku buat semua2,adik tolong kemas.=p
tapi takpela..saya kakak yang baik,so,saya buat sendiri..saya tak buli adik saya..=)

Wednesday, May 19, 2010

jeles!aha~~

ye..saya tahu saya rendah..*--*

al kisah nyaa..ada
ada lah dia ni,
'ter'jeles la sekejap,sebab saya ada janji dengan kawan lama saya nak belanja dia makan, and sudah semestinya la lelaki..takkan la nak jeles dengan perempuan kot,kan? aku nak belanja kawan aku makan tu,sebab birthday dia baru-baru ni,and aku kena belanja sebab kalah battle dengan dia haritu..so janji,tetap janji..kenalah tunaikan.. belum sempat aku bagitahu si dia,dia dah tahu dulu..aduss~~~dia tanya,"siapa -------- ni?terus terbangun dari tidur aku pagi tadi.beria bangun awal(awal ke??) nak explain everything.yela,takut la,salah faham ke apa ke..dupdapdupdap..takut aku tahu??haisshh..saspen aje..then selepas beberapa mesej,selepas beberapa call yang tak diangkat,dah ok da..alhamdulillah..hehe~hopefully tak ada la jeles tu lagi.. main point here,tak sangka lelaki pun ada jeles kan??i mean..nak jeles tu boleh,tapi tak ada lah sampai merajuk tak angkat phone call..ehe~~takut tahu??awak buat2 la lagi macam tu,nanti saya mati sakit jantung nak ke =p??setahu aku lah,kaum perempuan ni,kalau kami rasa nak merajuk tu,sekali kaum lelaki call aje,terus angkat dah,kan?betul tak?betul tak?hehe~tak tahu lah,,.maybe kami rasa tak sampai hati lah kan nak buat yang lelaki risau kan?mula2,aku dengar aje,kawan2 aku cerita tentang bf diorang yang tak angkat phone kalau dia call nak pujuk,but sekali kena kat diri sendri,uh?barulah aku tahu..hehe.tak apala,sekali sekala,bolehla..but jangan selalu,nanti gf2 semua lari,nak?ha..baru tahu..gigit jari la korang nanti..=p
pss~~jeles tanda sayang..kan..

Tuesday, May 18, 2010

big hug...








rindu nak gaduh-gaduh..
rindu nak tengok korang cubit-cubit..
rindu nak hang out sama-sama..
rindu nak naik kereta sama-sama..
rindu nak berjalan sampai tak larat nak angkat kaki..
rindu nak tukar-tukar kasut bila dah lenguh..
rindu nak ambil gambara sama-sama..
rindu semua la!!

Sunday, May 16, 2010

selamat hari guru..

aha!aku rasa gambar ni tersangat lah buruk.setelah sekian lama aku tak pakai tudung bawal,semalam pergi breakfast dengan ibu and abah,aku malas nak lilit-lilit shawl,so aku pakai je tudung bawal.aku terasa sangat selekeh..lipat sana,lipat sini,dah tak jadi macam dulu..huaa~~kejap2..gambar ni selingan je,tak ada motif yang berkaitan pun untuk post kali ni..=p

hari ni,sepatutnya,aku ke mrsm,untuk ambil sijil spm aku.walaupun results tak ada lah bagus,tapi kena jugak ambil untuk kemasukan ke degree nanti.aku plan dengan farah nak pergi dengan dia,but masing-masing rasa macam tak nak pergi,so,tak jadi lah.sorry to my homeroom members,ain tak dapat datang harini..di kesempatan ni,aku nak ucapkan,HAPPY TEACHERS DAY...thank you to all teachers and lecturers yang mengajar aku sampailah aku jadi 'ain' yang sekarang,..hopefully cikgu tak pernah jemu ajar saya..saya tahu,saya budak nakal.selalu ponteng gotong royong kat sekolah dulu,selalu ponteng tak pergi solat subuh di surau kat mrsm dulu,tapi kat uitm saya baik..ehe~~=p
thank you to all teachers and lecturers

tak ada tajuk..

semalam,saya bangun awal kawan-kawan..
yea,pengumuman eksklusif ni..bukan senang nak tengok ain syuhada bangun awal..=p kantoi sudee...ngee~~bukan tak nak bangun awal,tapi kalau bangun awal pun,nak buat apa,tak ada orang pun kat rumah.bangun awal,memangla,tapi bangun sekejap aje.after ibu and abah pergi kerja,aku sambung tidur semula.ehe~~

okay2,sambung cerita,harini,ada janji temu dengan kawan2 freundschaft.macam biasa lah:
rejab 9 a.m.
siapa lambat,kena cuci pinggan di kedai tu.aha!ternyata aku yang lambat,.=p

yang datang semalam,aku,farah,azzira,faz,fahmi,zul and syiira..borak punya borak,plan aktiviti bbq before aku and farah habis cuti,then balik....
sampai aje kat rumah,ibu kata,"along,jom kita pergi sale padini kat ioi tu.."aha!meloncat-loncat kegembiraan ok!hehe~sampai aje di ioi,raaaamaaaaiiii sangat orang datang.mana tak nya,dah nama pun sale kan?ehe~sementara aku keluarkan duit ibu kat atm,ibu dah pergi memborong dulu dah.mana aci..pilih punya pilih baju,semua dah jumpa dah!!yaayy~~thank you ibu!!!seronok!!!

dan..
satu lagi..
baru2 ni,ammar kena operate..
kejap2..bukan sakit apa,just operate tonxil aje.alhamdulillah,semuanya ok..
maybe ramai kawan2 uitm yang tak tahu,sebab dia saja tak nak bagitahu.
tapi saya TER bagitahu kat blog pulak la awak..haha~
tak ada la..just nak bagitahu,dia dah ok..yaayy~~
hopefully,you sihat cepat,and tak sakit2 lagi..amin..
this picture,5 minutes after operation..

Thursday, May 13, 2010

saya ok!alhamdulillah..


saya ok..jangan risau k??rasa terharu sangat semalam,bila syaz,diyaa,ezza and lily menanyakan khabar aku macam mana.huaa~~meleleh-leleh air mata keluar tahu??awak semua buat saya terharu ok!!alalala~~sweetnyee korang ni.dont worry ok??aku ok je.thank you sebab selalu ambil berat tentang aku.aku tahu,if aku sedih banyak mana sekalipun,takkan ke mana kan?cuma,biasalah tu,bila bulan mengambang,ada la time2 'emo' dan sensitif tu.aku sensitif kah?aha~~itu no komen,,..kena tanya orang-orang yang dekat dengan aku la.ain sensitif ke??tak kan??hehe~

semalam diyaa call,semata-mata nak tanya kenapa.aha!diyaa!!menyusahkan aje..for your information,kita bukan tak nak cerita kat awak,tapi awak kan tengah final,and awak jauh.tak nak la awak risau tentang kita.awak tahu kan,kita takkan pernah berahsia dengan awak.kita akan cerita kat awak,cuma lambat dan cepat aje.hehe~yela,masing2 ada masalah masing2 kan?tak nak lah susahkan awak.ngee~~anyway,tq ok?muah3!kita sayang awak!sampai bila2.

aku letak aje telefon after diyaa call,tak sampai seminit,lily pula call.mula2,aku tak tahu siapa yang call,sebab bukan nombor lily.aku angkat,then dia kata "ni lily lah".aha~~tau lah guna handphone baru,jeles!jeles!mana aci!heeh~borak punya borak dengan lily,rasa seronok sangat,yea,aku agree bila kau kata bila kita berempat sama2,kita lupa semua problem kita.iyela,kita semua ada problem tersendiri,and bila kita jumpa,duduk sama2,kita lupa semuanya!rasa macam seronok sangat!thank you lily..thank you sebab call semalam..love you!

adamaya!



yeehaa..setelah 23 episod,akhirnya habis juga cerita ni.saya suka happy ending!!seronok2!!tapi memang dah boleh agak actually.cinta adam hanya untuk maya.weeho0o..actually aku suka tengok cerita ni,sebab suak tengok lawak mika and amani!ecehh..hehe~tak ada la,lawak mika memang menjadi and aku salute la!walaupun pelakon baru,rasanya la,tapi dia berjaya hidupkan suasana kelakar dalam cerita ni,selain adam dan maya.and seorang lagi,budak kecil yang sangat2 comel!!urghh!!geram dengan amani!!!comel sangat ni kenapa ha?cubit baru tau!=p amani tersangat lah comel..lagi2 time dia gigit kaki dani.muahaha~~apa2 pun,cerita ni best!!aku tak pernah tengok cerita melayu dari awal sampai habis,but this time,i did it!ehe~pss~lain kali,buat la cerita macam ni lagi..

*----*

saya sedih..
kenapa?sebab saya rasa sedih la..
shh~~jangan tanya lagi kenapa..
titik.........
jangan marah saya kalau saya nangis..
saya nak nangis,..
bye..

*------*

Wednesday, May 12, 2010

kami duduk di luar kah?

ok,firstly,aku terkejut bila dengar junior untuk asasi undang2 uitm kuantan lagi ramai dari jumlah senior2.dengar kata,590 org.aduss~~aku tak tahu mana nak letak kami2 senior yang sedia ada ni.kami tahu lah kami comel2 belaka..wnk2*agak terkejut dengan bilangan yang semakin ramai,sedangkan hostel kami kecil sahaja.aku tergerak hati nak join group senior junior uitm kuantan.memang ramai lah sangat yang join and part yang aku rasa kelakar,aku teringat time aku mula2 nak masuk uitm kuantan dulu,aku pun tanya soalan2 macam tu jugak."kena pakai baju apa time register?","boleh pakai jeans tak?"..ehe~owh..aku tersa sangat lurus bendul time tu.and aku teringat jugak,time mula2 kenal ammar kat myspace dulu,dia tanya,kena bawak seterika tak?","iron board kena bawak tak?".*---* teett...then masuk je,boleh pulak satu kelas..=p.

back to the story,kalau lah kami2 yang senior ni akan ditempatkan di luar kampus,awal2 aku book nak bawa kereta.bukan apa,agak susah la kalau nak ulang alik kalau tak ada kereta kan?ha,siapa2 yang baik dengan aku tu,boleh la tumpang sekali!ehe~mula la membodek tuu...tak ada la.kalau aku bawa kereta,bolehla kalau nak tumpang if satu jalan.hehe~then aku ada dengar jugak,kita yang senior ni kena tumpang hostel shahputra.tidaaakkk~~saya tak mahu...please?please?

Tuesday, May 11, 2010

=)

senyap,tak bermakana hilang,
tak bertegur tak bererti lupa,
tak senyum tak bererti marah,
tak pandang tak bererti membenci

awak tak tahu,saya senyum dalam hati sebab tengok awak gembira

kerana segala perbuatan itu,ada makna tersirat di sebaliknya..
menjaga perasaan mereka lebih bererti dari segalanya..

Sunday, May 9, 2010

anak sulung vs anak bongsu..

kelebihan menjadi anak sulung:

semua barang-barang,dapat barang baru.especially barang sekolah la.buku ke,baju sekolah ke.haha~~
kalau nak tahu apa2 rahsia,kak long atau abang long tahu dulu...weeho0o0..pondok gosip bergerak ok..lagi-lagi bila dpt tahu dari mak lah kan?potpetpotpet..sama naik dengan mak..
adik-adik kena HORMAT yang sulung,kalau tak memang kena cubit..*tapi saya tak cubit adek saya,saya kurung dia dalam bilik air aje..*=)
kalau yang sulung pandai bergaya,pandai make-up,adek pun nukan main nak iku jugak kakak make-up.and yang paling best,dia jadikan kita-kita yang sulung ni sebagai sumber inspirasi..*aww~~so0o0 sweet..terharu ok..*

kelebihan menjadi anak bongsu:
dimanjakan oleh kedua ibu bapa.biasalah,anak bongsu kan??gedik!gedik!haha~~janagn marah ye anak2 bongsu ni..
banyak songeh..memang nak kena la kalau banyak cekadak,mintak yang tu,mintak yang ni,..cubit2 dia!
kalau adek mengadu kat mak,yang sulung ni buli dia,mesti yang sulung ni kena punya la!confirm!

walau apa pun status kita sebagai seorang anak,tanggungjawab itu tetap harus dilaksanakan.masing-masing ada tangunggjawab tersendiri pada kedua ibu bapa nya.oleh itu,selamat hari ibu!!sorry lambat wish,tak ada idea nak tulis 2-3 hari ni..muah3!!

Saturday, May 8, 2010

rania dah pandai!!!




last friday,rania ada datang rumah aku.yaaayyy~~comel sangat ok..and then,dia dah pandai la!!try tengok video ni..

Thursday, May 6, 2010

kawan..

kawan,..semua orang ada kawan kan?tak kiralah kawan baik lelaki mahupun kawan baik perempuan.setiap orang mesti ada kawan,at least seorang la.tipulah kalau kata tak ada kawan langsung.ataupun orang tu maybe rasa dia keseorangan tanpa sesiapa sedangkan dia tak sedar,ramai orang sekeliling dia yang care tentang diri dia.kawan..macam-macam jenis kawan kita boleh jumpa zaman sekarang ni.kawa yang boleh bawa kita ke jalan kebaikan,kawan yang boleh bawa kita ke jalan keburukan,kawan yang amat pentingkan persahabatan,dan kawan yang hanya berkawan,untuk menjaga kepentingan diri sendir.actually,banyak jenis lagi kawan ni.kita sendiri decide,jenias apa kawan yang kita berkawan skearang ni.

pada pendapat aku,berkawanlah selagi mampu.berkawanlah seramai mana yang kita nak,asalkan kita tahu,buruk baiknya pada diri kita.dan jangan jadi terlalu baik dan lurus sangat dalam persahabatan kerana kadangkala,dengan kebaikan yang kita tonjolkan,kawan jugalah yang memeprgunakan segala kebaikan yang kita lakukan terhadap dirinya.manusia,semua tak sempurna kan?setiap orang ada ciri2 yang berbeza,dan sebagai seorang teman yang baik,penerimaan terhadap dirinya adalah amat penting.jangan ambil ringan tentang soal penerimaan,sebab tanpa penerimaan,macam mana kita nak terima dia sebagai kawan kita,kan?itu langkah permulaan yang harus kita ambil berat,kalau kita nak tahu,kita akan jadi kawan yang baik ataupun tidak.dan dari penerimaan kita terhadap individu lain,insyaallah,orang akan menerima diri kita seadanya,dengan cara yang baik juga!aminn..so,adakah anda menerima kawan anda seadanya?hope macam tu la..

Wednesday, May 5, 2010

kisah muet:episod 4

sekali lagi aku berkunjung ke rumah lily..seronok sangat bila dapat jumpa semua orang sekali lagi.i mean,dapat borak lama2,dapat pergi ambil gambar banyak2 walaupun bilangan gambar kali ni,tak berapa banyak macam yang sebelum ni,but kitorang have fun sanagat2!!best2!!!the day before muet,macam biasa la,lily ambil aku kat office ibu.then kitorang terus ke TAMAN LAYANG-LAYANG!!weee~~~seronok2!!!!!lompat sana,lompat sini ambil gambar.ehe~orang lain pandang pelik je kat kitorang.nak kata jogging,tak jogging,siap pkai wedges lagi,nak jogging apa nya..hek3..tapi berpeluh,megalahkan orang jogging!!waa~~macam mana tu?uh?hehe~then after that,terus pergi pasar malam,beli our dinner!!aku dengan yong tau fu,syaz dengan soto,dhee dengan cendawan goreng and soto jugak,lily with sate!!waa~`makan besar malam tu!!
keesokannya,aku dan dhee bersiap2 untuk muet.aduss~~tiba2 rasa saket perot pulak.ala,time ni la nak sakit perot,nak buang air,semua ada la.aku and dhee dalam satu group yang sama.and guess what?aku group first untuk session 2!!waa~~makin berdebar-debar.but alhamdulillah,rasanya,ok lah kot,kalau nak compare dengan sem lepas.hopefully band 4 kali ni.aminn..then after muet aje,terus ke mid valley!siap sesat lagi!!!ehe~~makan2,then hantar syaz balik,and lepas tu,aku,lily and dhee tengok movie.the losers!!!BEST OK!!rugi tak tengok!!anyway,im having such a good day with u girls..
and special to lily,thank you for the present.happy sangat!rasa macam nak cium2 kau!haha~~thank you!!!muah3!!muah3 to three of you!

Saturday, May 1, 2010

haritu,saya beli...then semalam saya beli..hari ni saya beli..lepas ni??

ehe~shopping lagi?yea..itu sudah semestinya!hek3..sudah menjadi hobi utama ok.kalau ain syuhada keluar jalan2 tak beli apa2 tu,memang pelik bin ajaib la jawabnya.demam maybe..sebab tu tak larat nak beli.tapi selalunya kalau demam2 pun,aku larat lagi angkut barang bawak balik.muahahaha~~nak buat macam mana,memang dah jadi satu penyakit kronik.macam mana la nak pulihkan penyakit ni ek?kesian jugak kat bakal suami aku nanti,.habisla dia..takpe2,you sanggup berkorban apa sahaja kan yunk?hek3..kejam sungguh bunyinya..
ni makcik nak cerita ni.penyakit yang dah semakin menjadi-jadi sejak cuti ni lah kan..haritu,time keluar dengan freundschaft,aku beli perfume..marks and spencer.then lepas tu,tak beli apa2 dah.baru-baru ni,keluar dengan syaz,lily and dhee,beli baju!!wee~~suka2!!and plus perfume.LAGI??ehe~jangan tanya kenapa beli banyak2 kali ok..sebab memang tu hobi kalau dah berkenan.hek3..then tadi,keluar dengan ibu!ibu janji nak belanja jeans kat romp..pusing punya pusing,tak jumpa romp,jumpa marks and spencer.beli lagi perfume?tak lah..kali ni beli body cream.waahh~~tq la ibu!pusing lagi..jumpa vincci!!eceehh~~tempat favourite ok..and kebetulan bulan ni ada sale for mother's day special.dapat 20%,each women's item.wah~~apa lagi.memborong lagi..aku dapat sepasang wedges,dan ibu juga dapat sepasang wedges!sangat seronok!!!ehe~lepas ni??nak beli apa pulak ea??hurmm...nantilah..nak fikir2 kan dulu,dan buat senarai..ehe~~