CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 31, 2010

dear blogger..soryy sebab dah lama aku tak update blog.actually,aku dah start kerja!wee~~rajin tak aku??ehe~at first,aku bukan nak sangat kerja pun,after kena PAKSA..(ehe~tak adala sampai kena paksa actually)dengan ibu tercinta,akhirnya,aku setuju nak kerja.aku kerja dengan sepupu aku di,KL.as for my family,diorang kenal and tahu kot aku kerja ngan siapa(ain kerja dengan anyah).sebenarnya,aku kerja ni,bukan sebab nak dapat gaji,tapi sebab nak dapat experience gaya hidup bekerja.macam one of my friend kata,marlyssa,kita kerja bukan sebab nak dapat duit,tapi experience.yea,pengalaman itu yang penting.at least,kalau kita bekerja,kita dah rasa suasana dalam pejabat,dan rasa susah nak cari duit.barulah sekarang aku tahu,bukan senag nak bekerja ni.selama ni,kita just bergantung pada parents,dan setiap bulan kita dapat duit tanpa rasa erti susah itu.once kita bekerja,kita akan lebih menghargai apa yang kita ada sekarang dan apa yang kita dapat.
experience bekerja selama seminggu ni..ehe~banyak cabaran nya..antara cabaran terbesar adalh KENA BANGUN AWAL!!!urghh...TIDAAKKK..saya perlukan waktu tidur yang lama ok..macam baby.hehe~aku kena bangun seawal 6 pagi untuk bersiap-siap,(kalau tak,jangan harap nak bangun awal macam tu.time kat hostel pun tak bangun awal macam tu ok..)then sampai je di office ibu,aku kena meredah orang ramai dalam monorail.aduss~~etika bekerja pulak??NO JEANS ok..haha~buntu jugak aku dibuatnya,sebab aku mana ada seluar selain seluar jeans kan??(padan muka kau ain).then aku kena lah sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.maklumlah,aku yang paling muda,so kenala hormat orang lain walaupun aku sepupu bos!haha~ok2,aku tak ada problem la dengan yang tu.insyaallah ok kot.mesti semua orang tanya,aku bekerja as apa??(ammar kata aku kerja sebagai tukang buat kopi)ehe~tak ada la.buat office work la.tengok law reports yang orang submit,sambil-sambil tu,ingat2 la balik apa yang pernah kita belajar dulu.
so,if aku jarang update blog sekarang ni,maaf ye..but aku still akan update,cuma bukanlah tiap2 hari macam sebelum ni.wish me luck ya!
rindu sangat kat diana,cartaz,lily,dhee and syaz.nape ek??tengah kerja pun teringat kat korang.hurmm..macam mana tu??

Saturday, March 27, 2010

im 19!!!!

hari ini,genaplah umur saya,19 tahun.ye..19 tahun ye kawan-kawan.muda lagi kann??=)tapi tahun ini,adalah tahun akhir saya berumur belasan tahu.tahun depan dah tak ada dah..huaaaaa~~~tuaa daaaaa~~tak apala,itulah lumrah manusia kan?makin hari,makin tua,bukan makin muda,.makin hari juga,makin banyak tanggungjawab yang harus dipikul.sebagai seorang anak,sebagai seorang pelajar,dan macam-macam lagi la.

just nak ucapkan,tq pada semua yang wish birthday saya harini,dan malam tadi.wah3~~saje je kan nak ingatkan yang saya dah tua.eip2..bukan tua ok,matured!!hehe~tq kepada family,kawan2 sekolah lama,kawan2 mrsm,kawan2 uitm,and kawan2 kat facebook..walaupun tak kenal,tq sebab wish!ehe~wee~~seronok and terharu sangat2.tak kiralah yang jauh mahupun yang dekat,tq sangat2 tauu...saya appreciate sangat2.wee~~

"bah,tq for that entry..kita terharu sangat2.seriously,kita memang rindu kat bah.balikla cepat2 ok??tak sabar nak jumpa bah..kita rasa nak nanges baca entry bah tadi.tq sangat2.tak tahu nak cakap macam mana lagi.tq dear!love u!!

"dhee,marlyssa,adeq and farah!tq sebab mengfemeskan saya di blog anda.hehe~terharu sangat2.tq sygss!!!!and to adeq,kak long ingat pesan adeq k?tq dek!!love u all!!

"ammar,tq sebab call i 15 minit lebih awal.memangla semua kawan2 i call marah2 i sebab tak dapat nak call i.kih3.sorryla,you tak boleh prank i semalam.keh3.i dah tahu taktik you ok??hehe~tq so much dear..

"faliq and diyaa,tq sebab sudi online sampai pukul 12 tengah malam waktu malaysia.kita happy sangat2,sebab you guys ingat birthday ain walaupun duduk jauh.last year,diyaa bawak kek untuk kita kan?so this year,kita bawak kek untuk diri sendiri la nampaknye.hehe~muah3!!sayang awak!faliq,last year,boleh jugak celebrate ngan faliq and kawan2 yang lain,tapi kali ni,kena tunggu faliq and diyaa balik la,ok??ain tunggu korang balik.hehe~

dan kepada semua yang wish,TQ!!!!!kita sayang semua!!wee~~~muah3!!

~ain syuhada jamaluddin

Friday, March 26, 2010

saya cuba ye..

aku terbaca post ni di facebook,:

"love deeply,sincerely....and forgive quickly..,take chances,,give everything,..and have NO regrets,,.life is too short to be sad..take the good with the bad..smile when u're sad..,love what you got"

saya percaya kan awak,dan terima kasih sebab buat saya percaya semula,.,.


lrve u...

sugar glider..


comel kan?kan?kan?

ok,aku kena admit something..aku tak pernah tahu pun binatang ni wujud.agak memalukan,tapi,memang betul,aku tak pernah tahu pun!jangan kata bentuk atau rupa binatang ni,tapi nama dia pun aku tak pernah dengar.mula2,bila dengar nama sugar glider ni,aku fikir-fikir lah,apa ke benda nye ni?makanan kah??candy kah??uisshh..tahulah perut tengah lapar pulak time tu.tapi bila search,owh..ini lah sugar glider.malu2!!wink2*first time aku tengok gambar sugar glider,aku agak geli,sebab saiz dia hanyalah sebesar ibu jari!maknanya,lagi kecil dari tikus!eiu~~kalau tikus pun aku dah geli,apa lagi dengan benda macam ni.tapi bila tengok2 balik,hurmmcomel jugak kan??muka innocent je..macam muka aku..cehh~~ok stop,jangan nak perasan.mahu bela kah benda ni??err...fikir seratus kali dulu..=)

Thursday, March 25, 2010

jangan!!!!

http://www.emocutez.com

jangan
SUKA TIDO..nanti pipi jadi bantal..
BANYAK MAKAN..nanti gumuk!!
MALAS..nnt ibu cubit!

ibu..kak long bosan kat rumah..kan best kalau adeq ada..boleh kacau dia!tapi nanti,berebut nak online pulekk..aduss~~~conclusion nya??tunggu aje lah sampai cuti habis.habis je cuti,kamu semua akan nampak perubahan aku.semakin gemok kah?semakin kurus kah??hurmm>>

Wednesday, March 24, 2010

adeq kata..

beberapa minggu yang lepas,sebelum exam,adeq pernah kata,

"kak long,adeq nak dapat 4.0 flat dalam exam,turunkan berat badan sampai 40kg.ni azam adeq..hoyeehh"

dengan penuh semngat adeq bagitahu aku..selepas beberapa minggu,

"long,berat adeq naik 50 kg la,so pointer pun adeq kne dapatkan 5.0 flat la..boleh tak?"sambil buat muka sedih..

tergelak besar la aku..tak apa deq..berat badan naik macam mana sekalipun,adeq still comel kan..wee~~so,don't worry about that..tapi kalau adeq nak dapat 5.0 flat tu,kak long yakin,10.0 flat pun adeq boleh dapat..insyaallah..chaiiyookk2!!

Tuesday, March 23, 2010

sketch..


ha..ini adalah gambar kenangan waktu sketch bel 313 dulu..
rasa sekejap sahaja masa berlalu..
aku rasa,baru sahaja masuk sem1,tahu2 dah nak masuk sem 3 dah pun..
but still,kenangan masa sketch dulu,aku tak dapat lupakan.
masa inilah kami semua nak mengenali hati masing2,bertukar-tukar pendapat,berkongsi idea masing2,
bila diingat balik kenangan masa practice sketch ni,agak kelakar,
sebab ada yang tidak sependapat,=)
hinggakan ada yang merajuk dan bertekak,
aku dan qeeda hanya mampu tersenyum melihat gelagat mereka,
tahap tension kami pada waktu itu,tuhan sahaja yang tahu..
walaupun kami adalah kumpulan terakhir yang akan present,
tapi waktu itu juga lah ada presentation untuk law,test law,
manakan nak baca buku,nak siapkan slide..aduss~~
apa2 pun,seronok dapat bekerjasama dengan semua..
terima kasih untuk kenangan ni..
lynn,qeeda,yazid dan yen...

alhamdulillah..


semalam dan harini, aku dapat berita gembira dari adeq..
adeq:kak long adeq dapat fizik A-,maths-A+,pai,-A+,sej-A+,english-A+,bm-A+.. aku:alhamdulillah..hepinyerr kak long dengar!!!congratesss!!!!
gembirakah aku?
sudah tentu..kakak mana tak gembira bila tahu adeq nya mendapat keputusan peperiksaan semester 1 semua A..
mungkin ini satu benda yang biasa bagi semua yang mempunyai adeq yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan,lebih-lebih lagi peperiksaan biasa macam ni,
adeq tak akan pernah lupa untuk mesej aku,ibu dan abah untuk minta restu sebelum mula peperiksaan,
dan dia juga tak akan pernah lupa memberitahu keputusan peperiksaan nya,tidak kira,sama ada baik mahupun buruk..
kak long bangga dengan adeq..tahniah,..
semoga cita-cita adeq untuk menjadi seorang doktor satu hari nanti tercapai.. aminn...

doa dari seorang kakak...

Monday, March 22, 2010

bersosial...





hari ni,saya keluar bersosial bersama mereka2..
cartaz,khai,kida,ras dan marlyssa..
tempat??mid valley..memandangkan mudah untuk kida turun komuter dari seremban..
makan2,gelak2,jalan2,shopping..
memang best spent time dengan diorang..
kepada mereka yang tak dapat nak join,lain kali,kita keluar sama2 ok..
tapi kena turun kL la..
next meeting,sunway pyramid..
tunggu mesej from marlyssa ukehh??
pss~fakhri,jeles kahh??hehe~

awak...

awak,
kita sayang awak,
kita sayang awak sangat2,
awak,kita perlukan awak,
untuk bimbing kita,untuk nasihat kita kalau kita salah,
awak,kita tak kuat,
kita lemah,sebab tu kita perlukan awak untuk kongsi suka duka kita,
awak penting sangat dalam hidup kita,
kita tak tahu nak cakap macam mana kalau awak tak ada dalam hidup kita,
awak,kita minta maaf kalau kita dah buat awak kecewa,
kita tahu,awak banyak nasihat kita,
awak concern sangat pasal kita,
malah awak pinjamkan bahu awak waktu kita tengah sedih,
awak pinjamkan gelak tawa awak waktu kita gembira,
awak,kita pun tengah confuse,
kita tak tahu la awak,
kita tak tahu nak cakap macam mana dengan perasaan kita,
kita tersepit la awak,...
kita sedih sebab kita sayang dua-dua..
dua-dua penting sangat dalam hidup kita..
please awak??
kita sayang awak sampai bila-bila..
sampai kita mati..
janji..,..,,..
mardhiah syazwani,lily umyra,syazana zambri...

Saturday, March 20, 2010

bye2..


adeq,jangan sedih ok..
adeq balik maktab kejap je.nanti kak long dengan ibu pergi visit adeq.
belajar elok2!!!wee~~muah3!!

mrsm ag 07/08

dari kiri,iba,acap,dzikri,where,diyah,rahah,puteri,finaz,aku~
tiba2 teringat kenangan time kat mrsm alor gajah dulu..
aku menamatkan zaman persekolahan aku di sekolah berasrama penuh,so,sudah tentu,banyak kenangan yang tak dapat aku lupakan..especially dengan kawan-kawan rapat.ini gambar time tingkatan 4.muka aku tak matured kan?aku rasa gambar ni sangat busuk ok..=)time gambar ni diambil,kami baru sahaja selesai waktu prep,hari sabtu.waktu prep hari sabtu,adalah waktu yang paling membosankan,dan waktu untuk sambung tidur..hehe~

balik pada cerita kenangan tadi.dua tiga hari ni,aku teringat pada beberapa nama termasuklah dengan kenangan yang aku tak dapat lupakan bersama mereka.antaranya,kenangan dengan bibah.aku ingat lagi,time handphone bibah kena rampas.untuk pengetahuan semua,kami dilarang untuk membawa handphone ke sekolah,tapi memandangkan kami degil,kami bawak jugak.aku dan roomate aku,kak da dan mar,antara orang yang terawal bawak handphone.boleh kata budak nakal jugakla kami ni.sepanjang kami bawak handphone,tak pernah kena rampas.bibah adalah seorang pelajar yang baik.dia tak pernah bawak barang2 terlarang ke sekolah.sampailah satu masa,bah bawak juga handphone.entah macam mana,handphone bah kena rampas malam tu,sebab bah main mesej sampai tak sedar warden datang.bah nangis.bah sampai tak tidur,teringat handphone dia yang dirampas tu.warden kata,handphone tu akan dipulangkan semula,bila paper terakhir spm.makin kuat la bah nangis.tapi warden termakan dengan pujuk rayu bah,dan bah dapat semula handphone dia.cehh...tak aci..hehe~

then,mar..mar adalah roomate aku.roomate dan kawan yang selalu ada dengan aku time nak ponteng waktu riadah dan waktu solat subuh dekat surau setiap kali hujung minggu.aku ingat lagi,time hujung minggu,aku dan mar akan bangun lagi awal dari orang lain,untuk solat dalam bilik.then,kitorang akan tutup kipas dan tidur di celah2 katil,untuk menampakkan bilik kami sudah tiada orang.kami akan bangun apabila semua pelajar dah balik solat di surau..keh3.begitulah untuk hari seterusnya..kemudian,aku ingat lagi,kitorang memang malas nak turun riadah,sebab penat sangat.oleh itu,kitorang decide,nak duduk sahaja dalam bilik,dan sementara LDP datang check,kitorang menyorok dalam loker.biarlah kitorang berpeluh-peluh dalam loker tu,asalkan tak keluar riadah.keluar peluh itu satu riadah jugak kan??=)

diyah.diyah adalah kawan terapat aku sepanjang aku duduk di mrsm.even,sampai sekarang,kitorang still contact.diyah di mesir,aku di malaysia.tiada apa yang memisahkan kami.aku ingat lagi,time di mrsm dulu.diyah selalu tidur di bilik aku.boleh kata,diyah dah macam roomate aku sendiri,dan kitorang selalu tidur sekatil,makan semangkuk,saya garu dia,dia garu saya.ehe~aku ingat lagi,time diyah tidur dengan aku,diyah tarik selimut aku.aku pun tak sedar,sampai lah keesokan paginya,diyah kata,"sorry ain,kita tarik selimut awak semalam.lain kali promise tak tarik selimut awak dah",then aku jawab,"tak apa,ain tak kesah pun,k?"begitulah untuk hari-hari seterusnya.aku tak kisah,sebab aku sayang dia.aku rindu nak tengok diyah bangun pagi,then garu2 kepala,sambil cari getah rambut dia.=)miss that moment la dear!

then rahah.aku tidak berapa rapat dengan rahah sebagaimana aku rapat dengan diyah dan bibah.aku kenal rahah,masa aku mula-mula masuk kelas 4 m.aku tidak mengenali sesiapa pun masa tu,memandangkan aku adalah pelajar baru.aku selalu curi2 pandang rahah.aku suka tengok muka dia,sebab raha cantik dan sangat berpendirian.aku adore dia.tapi aku tak berani nak tegur rahah,sebab aku rasa,rahah garang,dan ada perasaan takut tu pada dia.aku melangkah sahaja ke tingkatan 5,aku ditempatkan di dalam kelas yang sama dengannya.bukan sahaja sama kelas,tapi juga sama kumpulan untuk excel ag group.(study group).dan rahah adalah koordinator.pada mulanya,aku tak dapat bayangkan,apa akan terjadi pada aku,apabila ditempatkan bersama dengan dia.tapi setelah mengenali hati nya,aku tahu,dia adalah antara orang yang boleh kau percaya,orang yang boleh aku jadikan teman untuk berbicara.rahah selalu ajar aku kalau aku tak faham.aku ingat lagi,aku ni,jenis akan tertidur dalam kelas,kalau kelas itu amat membosankan,especially time fizik dan kimia.rahah akan cubit tangan aku,sampai merah.terus aku terjaga,dan tak tidur dah lepas tu.tapi rahah pula,akan tidur time waktu sejarah.ye,aku faham,sejarah adalah satu subjek yang membosankan bagi pelajar yang meminati sains,seperti dia..rahah akan tertunduk-tunduk tidur.ha,time ni lah aku nak membalas cubitan dia.hehe~aku sayang dia.aku ingat lagi,hari2 terakhir aku di mrsm,rahah ada tulis sepucuk surat pada aku,dan menyelitkan surat itu dalam buku.aku hanya perasan surat itu,bila aku di rumah.isi kandungan surat itu benar2 membuatkan aku terharu dan aku simpan surat itu sampai sekarng.aku sayang dia,dan takkan pernah lupakan dia.muah3!

rindu semua!!!

jalan-jalan..


bawak adeq tengok alice in wonderland..
best!!!
walaupun adeq merungut saket kaki..
itula,nak sangat pakai wedges..kan..haha~
apa2 pun,adeq nampak sangat comel pakai wedges..wee~~
lain kali,kita keluar lagi ok adeq??
muah3!!

Wednesday, March 17, 2010

ain syahidah jamaluddin!


adeq yang comel..
good luck for your spm..
dua tiga hari ni,
adeq selalu tanya kak long,
"adeq boleh ke dapat straight a dalam spm long??"
adeq boleh buat..
kak long percaye adeq boleh buat..
lagi bagus dari kak long..
percaya pada diri dan usaha,ok??
(jangan duk on9 je..))
love you dek!!

Hate leaves ugly scars, love leaves beautiful ones.

A hundred hearts would be too few
To carry all my love for you...

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _

last day sem 2..


marly...

love you...and i mean it..
with bonda and cartaz~
last day di uitm kuantan,
keluar dari dewan peperiksaan dengan muka yang lega..
nampak tak muka lega??=))ngee~
alahmdulillah,semuanya dah berakhir..
kita tutup buku lama,buka buku yang baru,
dengan azam yang baru..
tinggalkan semua kenangan pahit dan manis,
bawa bersama kejayaan dan fikirkan untuk masa hadapan,
agar apa2 yang tidak sempurna dahulu,diperbetulkan..

Tuesday, March 16, 2010

easy??

its not easy for me..
to face all this..
bah,faliq,diyaa..ain jahat ke??
ain sedih..
i need you guys here..please??

I see your face in my mind as I drive away,
Cause none of us thought it was gonna end that way.
People are people,
And sometimes we change our minds.
But it's killing me to see you go after all this time.
Never wanted this, never wanna see you hurt.
Every little bump in the road I tried to swerve.
But people are people,
And sometimes it doesn't work out,
Nothing we say is gonna save us from the fall out. .
Feelin' like I just lost a friend.
Hope you know it's not easy,
Easy for me.
Feelin' like I just lost a friend.
Hope you know this ain't easy,
Easy for me.
And we know it's never simple,
Never easy.
Never a clean break, none here to save me.

saat aku tinggalkan hostel,
aku pandang keliling rumah,
di sini,tempat aku bergelak ketawa,
di sini tempat aku berkongsi cerita,
di sini tempat aku meluahkan rasa,
saat aku melangkah keluar,
tiada seorang yang menanti untuk ucap selamat tinggal
macam yang dilakukan dahulu
aku melangkah keluar dengan linangan air mata,
yang sudah sedia mengalir sekian lama untuk mereka,
sukar untuk aku terima,
tapi itu apa yang aku rasa,
tentang apa yang dikatakan,
satu sahaja pintaku,
apa yang aku lakukan selama ni,
ianya datang ikhlas dari hati aku,
dan tidak meminta apa2 balasan,
culup sekadar ingatan dan ucapan terima kasih,sudah cukup membuatkan aku tersenyum,
sayang semua,sebagaimana aku sayang diri aku..
terima kasih untuk segalanya..

Friday, March 12, 2010

sayang korang sampai bila-bila...







kenapa?

kenapa percaya jika ada dusta?
kenapa memfitnah sedangkan diri tidak sempurna?
kenapa berselindung jika terasa benar?
kenapa takut jika punya sebab yang munasabah?

seribu kemesraan terpadam hanya dengan satu kesalahan
manusia,tiada satu pun yang sempurna...
sebaik baik manusia,adalah manusia yang muhasabah diri,dan renungkan kembali kesalahan diri,sebelum menunding jari..
aku jenis memaafkan dan melupakan semua perkara yang membuatkan aku benci pada seseorang..
aku maafkan..ikhlas dari hati aku..
fahami diriku jua..
aku juga tersepit dalam situasi,yang aku sendiri tidak mampu ucapkan..
aku hormati keputusan mereka,dan aku redha..
hanya satu pesanan untuk mereka..
aku sayang mereka..seperti mana aku sayang diriku...

aku rela,berkurung dan menjauhkan diri dan melepaskan semua...
aku rela berseorangan untuk keselesaan semua,
aku rela pergi untuk membuatkan kamu gembira..
terima kasih atas segalanya..

Sunday, March 7, 2010

gud luck ye semua..

legal research
social psychology
introduction to law 2
intermediate english..

good luck to all pre lawrian!
housemates..
group e students..
group f students..
cik farah ainna
and semua la..
tak larat nak list ramai2..
=))

Friday, March 5, 2010

pesan dia~

alangkah seronoknya,kalau orang yang disayangi selau mengingatkan kita tentang sesuatu yang kita tak suka nak buat.dua tiga hari ni,aku selalu terlupa nak angkat barang la,nak pkai ni la,letak kunci kereta pun tak ingat dekat mana.,.haihh..ain,kepala dah penuh dengan law kot,sampai jadi tak betul da..ehe~aminn~mudah-mudahan apa yang dibaca tu,keluar dalam final nanti.insyaallah..

this week,aku selalu teringat pesan tok mek pada aku,sepanjang 18 tahun aku membesar dengan dia.aku pun tak tahu kenapa,tiba2 aku teringat kan arwah tok mek.time tengah solat,tiba2,aku terbayangkan muka tok mek.entahlah,suatu perasaan yang tak dapat aku gambarkan.aku yakin,semua pasti merasai kehilangan dia.tok mek suka bagi pesanan dan nasihat yang berguna,kepada anak2 dan cucu2.alhamdulillah,aku sempat mendengar pesanan dan nasihat tok mek sebelum dia pergi.antara pesanan dan nasihat tok mek yang aku ingat sampai sekarang:

*"ain,tulung pakai bedak muko tuh..baru napok comey.."(mek kata,pakai bedak kat muka,so that nampak cantik.aku tak suka pakai bedak dulu,sebab malas nak gosok2 kat muka=)
*nok g masuk periksa tu,baco dulu..baco bismillah 72 kali,pahtu masuk kaki kane deh.(means,kalau nak pergi exam,baca bismillah 72 kali,and langkah kaki kanan)
*kito ni keno perangai comey.kalu muko jah comey,prangai tok comey,oghe tok kelih(means,muka yang cantik harus diikuti dengan tingkah laku yang baik,kalau tak,tak ada guna nya)and maksud tok mek jugak,aku cantik??kan3??ehe~
*jange gaduh ngan adek deh..tok molek oghe tengok.besa doh..(means jangan gaduh dengan adeq,tak elok orang tengok)mmg saya suka gaduh ngan adeq,adeq buli sy!wee~

itu lah antara pesanan yang aku teringat sekarang ni.rasa seronok bila teringat balik.sekarang?huhu~aku yakin,dengan iringan doa dari anak2 dan cucu2 tok mek,mek tenang di sana..amin~~

Wednesday, March 3, 2010

renung-renung kan..

semalam,aku bukak tv and tengok wanita hari ini..ain tgk whi??waahh~~ajaibb..hehe~sebab tak ada cerita lain yang menarik hati,so terpaksalah aku tengok jugak cerita tu..aantara issue yang dipaparkan semalam,tentang shidee.aku tak tahu menahu tentang issue tu,and tak pernah ambil tahu pun.tiba2 semalam,aku cuba buatkan diri aku faham dengan kes yang diorang bualkan.setelah setengah jam teliti perbualan diorang barulah aku faham.diringkaskan,shidee ni mula2 bercinta dengan janda,tapi tak kahwin pun(rasa2nye la).then tiba2 tau shidee ni kawen dengan anak janda ni,secara senyap2 dan diorang bawa diri ke luar negara.diorang lost contact,even anak tu pun tak contact ibu dia.aku bukan nak komen tentang apa yang jadi,mungkin itu semua takdir.cuma aku sedih sebab anak dia tak berhubung lansung setelah ikut suami ke luar negara.aku tertarik dengan seorang pemanggil,yang mengatakan,

"suami mungkin boleh dicari ganti,tapi ibu seorang tiada ganti...di mana nak cari ganti seorang ibu?cuba bagitau??"

lebih kurang macam tu la ayat pemanggil tu.berair mata aku kejap.memang betul kata2 dia.barang2 boleh dicari,suami boleh dicari ganti,tapi ibu seorang TIADA GANTI..pergi nya seorang ibu,tak akan sama dengan ibu yang mengandungkan kita,melahirkan kita.hargailah ibu anda..
ibu,i lrve u!!

Tuesday, March 2, 2010

saya merindui anda!




saya rindu anda!
nak jumpa anda
tapi saya tak nak balik kuantan..
macam mane tu??=))