CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 27, 2010

actually,cerita ni dah lama aku nak post,but terlupa since sibuk dengan test and assignment.but aku still akan cerita,sedikit sebanyak,aku boleh share experince aku face situation macam ni..selalunya,kalau kita jalan2 dekat mana2,especially kat tepi jalan,kita mesti akan nampak orang mintak sedekah,and mintak derma,and apa2 jela jenis sumbangan yang diorang mintak kat kita.tapi aku jarang2 sekali nak berhenti and bagi sedekah.aku tak tahu kenapa,but aku salalu ingat pesan ibu,"jangan percaya sangat kat orang yang mintak2 ni,sumtimes,diorang boleh pukau kita atau snatched handbag kita",so start from that,aku kurang percaya pada mereka2 yang mintak sedekah tepi2 jalan ni,walaupun orang yang mintak tu,orang tua,and budak2.bukan sombong,cuma menjaga keselamatan diri.yela,semua orang tahu,sekarang ni macam2 benda boleh jadi kan??

back to the story..aku suka sangat jalan2 kat jalan tar,yela,nak memborong tudung,kat situ lah kan??=)and selalunya,aku pergi sorang2,sebab sambil2 tunggu ibu balik keje,aku pun pusing2 la kat situ,nak hilangkan rasa bosan.2 minggu lepas,hari jumaat,aku baru je sampai from kuantan,and ibu drop aku kat situ.tengah aku sibuk2 pilih tudung,tiba2 aku terpandang sorang pakcik ni,dia pakai tongkat,and ada sorang abang ni,bagi dia duit,pakcik tu terus tunduk and cakap "terima kasih ye nak"..pakcik tu cakap berulang kali perkataan terima kasih pada abang tadi.lantas,dia mencium duit yang abang tu bagi,walaupun duit tu hanyalah cukup untuk dia beli air sahaja.bergenang air mata aku.aku tak tahu kenapa,tapi hati aku rasa sayu and sedih bila tengok pakcik tu.hati aku terdetik,nak bagi jugak sikit duit kat dia.maklumlah,aku belum bekerja,and tak mampu nak bagi banyak2,kebetulan time tu,aku hanya ada duit 50 ringgit.cepat2 aku masuk kat dalam kedai buku nak tukar duit.aku berlari keluar dari kedai tu,and cari pakcik tadi,tapi dia tak ada!!melilau aku cari pakcik tadi.hampa,still tak jumpa.

aku berjalan ke arah sogo,nak duduk,penat sangat berjalan tadi.sedang aku duduk tu,aku nampak pakcik tadi lintas jalan!alhamdulillah..aku cepat2 kejar pakcik tadi,and bagi sikit duit yang tak seberapa tu.dalam hati aku,tak apala,biar sikit,asalkan niat kita ikhlas.pakcik tadi menadah tangan dan,terima duit aku tu."terima kasih ye nak,terima kasih"sambil pakcik tu mencium tangan aku."pakcik,jangan macam ni,"pakcik tu jawab,"terima kasih nak,pakcik tak tahu nak cakap macam mana gembiranya pakcik.."pakcik tu berlalu,sambil mencium duit yang tak seberapa tadi..sayu hati aku...aku duduk dan terfikir sejenak,ke mana lah anak2 pakcik tadi..tidak kah mereka menyayangi ibu bapa mereka?tidakkah mereka rasa berdosa meninggalkan mereka sedemikian rupa?,berbuat baiklah pada ibu bapa mu,kerana mereka yang melahirkan kita,membesarkan kita.semoga kita semua tergolong dalam kalangan anak2 yang soleh dan solehah.aminn...

bonda,ayahanda
saya sayang kamu...

2 comments:

cik fara said...

fuh
hebat la kwn aku sorng nie
sjuk ati mak ko
heee
:)

ain syuhada jamaluddin said...

ehe~
amin..mudah2 han kita tergolong dalam anak2 solehah ye cik farah,,